Friday, December 17, 2010

Permata (Untuk Isteri Ku) - KHAS UNTUK SEMUA YG BERGELAR ISTERI!

Telah ku siapkan satu daerah paling sunyi
Dalam hati ini untuk kau isi sebagai isteri
Untuk kau penuhi dengan kemuliaan seorang wanita
Untuk kau beri erti dengan kelembutan 
Untuk kau hargai dengan kasih sayang

Ku ingin kau jadi wanita mulia
Yang tahu harga budi dan hati
Seorang lelaki bernama suami

Kerana engkau isteri
Ku ingin kau mengerti bahawa hidup ini
Tak semudah yang kita janjikan
Yang kita janjikan
Kerana kau isteriku



PENULISAN INDAH OLEH JM AZIZ


Indahnya kalau semua wanita dihargai seperti gambaran puisi ini. Betapa hati seorang wanita mendambakan perhatian dan sentuhan jiwa lelaki yang ikhlas menerimanya sebagai suri hidup.


Namun, bukan salah lelaki jika wanita itu tidak sedar betapa indahnya kedudukan seorang wanita itu di dalam Islam. Selamilah keindahan yang telah di ciptakan sejak terciptanya Hawa yang di khaskan untuk Adam. Betapa wanita itu sebenarnya sepatutnya seorang yang  setia, lembut, penuh dengan rasa sayang dan kemuliaan hati. Itulah sifat yang harus ada dalam diri seorang wanita. 


Mendapatkan cinta lelaki yang baik dan ikhlas, bukan satu perkara mudah di zaman ini.  Wanita dikatakan berbeza dengan perempuan. Tapi salah siapa yang mewujudkan kelompok begitu dikalangan kita? Tidak perlulah menuding jari pada sesiapa. Apa yang perlu dibuat ialah, perbaiki diri dan keluarga, jauhi dosa-dosa besar, dan minima kan dosa-dosa kecil.


Saya sendiri berharap, suami saya tetap meletakkan saya dalam hatinya sehingga ke akhir hayat. Semoga kami dapat membina keluarga yang sentiasa diredhai, dan semoga cinta kami disemai indah dan disirami CINTA dari ILAHI. InsyaALLAH.


*Saya sangat suka lagu ni... boleh menitis airmata bila menghayati lirik yang sangat halus bahasanya tu. I LOVE U ABANG!

2 jiwa yang tenang:

Apa kata anda....