Friday, December 24, 2010

Kenangan melahirkan anak....kenangan terindah atau tragis?

Setiap ibu di dunia ini pasti ada kenangan berbeza-beza semasa mengandung, melahirkan dan membesarkan anak... begitu juga saya!

Pengalaman keguguran

Selepas sebulan berumah tangga, saya telah disahkan hamil, (bunting pelamin, kata orang tua-tua) gembiranya saya! Memang agak awal untuk memiliki anak, tapi saya seronok dan teruja. Memang itulah impian saya selepas berkahwin - menjadi seorang ibu! Waktu itu, saya dan suami masih tinggal di bilik sewa sebuah rumah pangsa (tingkat 5 - tak ada lif!). Penat betul berulang alik setiap hari, ke kedai, ikut suami buat urusan dan balik kampung. Namun , mungkin telah tertulis, belum rezeki saya, saya telah keguguran pada minggu ke 12 usia kandungan saya. Sakit sangat! Sedih sangat! Yelah, pertama kali nak dapat anak! Suami kata : "Awak ni sedih, macam orang mati laki aje, tau. Saya kan ada, boleh kita usaha lagi." Jadi, saya cuba kawal emosi walaupun hati masih belum tenang, takut tak dapat peluang mengandung lagi! (Padahal, keguguran saya tak meninggalkan masalah pun..)

Pengalaman Cesarean

Saya pulih dengan cepat, dan sebulan lepas tu, saya mengandung lagi! Kali ini, kami dah pun berpindah ke rumah yang kami duduk sekarang ni. Sepanjang mengandung, saya tak ada masalah, kecuali mabuk pada trimester pertama sahaja. Waktu melahirkan sudah semakin hampir, saya buat checkup untuk kali terakhir, tapi ada masalah pulak! Anak saya songsang - dalam keadaan duduk di dalam perut! Patut lah sakit sangat bila saya nak membongkok.
Oleh kerana dah nak due, saya terpaksa di admitkan untuk Cesarean, pada hari 16 September 2005, jumaat, pagi, saya dimasukkan ke wad, dan menanti untuk di bedah. Doktor di situ cuba memusingkan bayi saya. Sakit sangat, lagi sakit dari bersalin. Ngilu!. 2 orang doktor cuba buat, tapi tak boleh! Air dah penuh katanya. Jadi, tengahari itu saya pun di bedah! Baru beberapa minit "acara' membedah bermula, tiba-tiba, blackout! Doktor tu dah hiris kulit saya! OOOHHH! Nasib baik tak lama, beberapa saat sahaja. Dan akhirnya, saya dan bayi selamat dalam pembedahan itu. Lahirlah AIN (2.48kg) ke dunia ikut jalan "tingkap"!

Gangguan waktu bersalin

Beberapa minggu sebelum Ain mencapai usia 1 tahun, saya terkejut kerana hamil lagi! Alhamdulillah....Rezeki! Saya seronok, tentu sekali. Kehamilan saya tiada masalah. Mabuk juga hanya pada trimester pertama sahaja. Waktu melahirkan semakin hampir. Saya sudah mula rasa sakit pinggang. Contraction pun mula terasa, tapi bila ke klinik, doktor kata, baru 1 cm. Kebetulan 5 Mei adalah hari ulang tahun syarikat kami. Kami ingin mengadakan sedikit kenduri doa selamat dan jamuan makan. Suami cakap pada bayi saya, "Adik, jangan keluar dulu ye, mama sibuk banyak kerja.." Marahnya saya! Saya yang menanggung sakit, suka hati dia je suruh tunggu. Tapi saya berjaya juga mengajurkan majlis itu dengan senyuman yang menyimpan rasa sakit yang amat! Hari berikutnya, rasa sakit berkurang. Pada 9 Mei 2007, saya bangun pagi dan mendapati ada darah yang keluar. Jadi dah ada tanda lah!
Saya kejutkan suami, dan suami menghantar saya ke hospital secepat yang dia mampu. Saya tidak pula mengerang, tapi hanya banyakkan berselawat. Bila doktor check, bukaan adalah 6 cm. Saya dihantar ke dewan bersalin, dan terus memulakan proses melahirkan. Dalam keadaan itu (ibu-ibu mesti tahu apa maksud 'keadaan itu') seorang lelaki masuk ke bilik saya dan diperkenalkan sebagai suami saya, tapi dia bukan suami saya! Saya terkejut dan masih sempat beritahu nurse, " tu bukan suami saya " dalam keadaan tengah meneran. Terperanjat punya pasal, Kepala bayi yang dah separuh keluar, termasuk balik!Saya dah tak berdaya. Saya hampir saja putus asa. Sister di situ cuba menenangkan saya dan memberi semangat. Akhirnya saya bangkit semula, tapi bila kepala bayi saya dah keluar, saya mula lemah kembali, dan kali ini betul-betul hilang tenaga! Sister cuba pujuk saya, dan cara terakhir, mereka mengambil cermin, menyuruh saya melihat sendiri, kepala bayi saya di 'situ'! Subhanallah! Terima kasih pada sister tadi, saya terus kembali bertenaga sebab terperanjat, dan sekali teran saja, bayi saya dah selamat dilahirkan -Afiqah!(3.13kg)


Saya terbiar selepas bersalin


Pada usia Afiqah 1 tahun 4 bulan, saha hamil lagi. Tetap saya bersyukur walaupun tidak menyangka akan kehamilan itu! Macam biasa, mabuk pada trimester pertama, tapi, kali ini, saya ada mengidam! Mengidam nak jambu batu yang isi merah tu! Dulu, di rumah mak saya, ada pokok tu. Tapi dah di tebang! Pada bulan ke-6 barulah saya dapat makan buah tu, di rumah mak mertua. Waktu bersalin pun sudah hampir. Mak saya suruh saya rendam akar fatimah. Bila akar fatimah itu dah betul kembang, maknanya, dah nak bersalin, dan minum airnya supaya cepat sakit bersalinnya sampai. Tapi memang betul, kembang sangat pada hari due saya tu.
Jadi, pada 4 May 2009, (kali ini, kami tak buat sambutan ulangtahun syarikat!), selepas solat maghrib, saya minumlah air itu. Malam tu dari pukul 3 pg, hingga ke 6.30 pagi, contraction yang sangat kuat, mengalir airmata saya menahan sakit. Bukan saya tak nak pergi terus, tapi, kalau bukaan saya 3 cm ke bawah, saya di suruh balik dulu! (Dah nampak, depan mata kes macam tu). Jadi, pukul 6.45 pagi, saya telefon mak saya, minta ampun dan maaf, dan mak saya suruh ke hospital walau pun belum keluar darah atau air ketuban belum pecah. Saya telefon mak mertua untuk minta ampun dan maaf dan minta dia doakan semoga saya selamat. Suami pun sepantas kilat menghantar saya ke hospital. Rasa sakit kali ini sangat berlainan, sangat sakit! Mungkin kerana bayi saya agak besar dari sebelum ini. Sepanjang perjalanan saya membaca ALAM NASYRAH berulang kali. Sampai di hospital, di bilik saringan, doktor, tak ada, sister pun tak ada. Mereka ada beberapa kes Cesarean. Bila doktor tiba, orang lain yang datang kemudian, dah dibawa ke labor room, saya, masih belum diperiksa!


Dekat 1 jam saya menahan sakit! Rasa macam nak lahirkan aje bayi saya di situ. Tiba-tiba misi datang, "Doktor belum cek kak?" saya geleng, dah tak mampu nak berbual. Bila doktor datang, dia tanya soalan yg dah saya jawab sebelum dimasukkan ke bilik saringan. Saya cakap, "Doktor, saya dah tak boleh tahan, saya teran aje dekat sini nanti." Doktor terkejut dan terus periksa. Bukaan dah masuk 9 cm! Air ketuban saya terus pecah, melimpah-limpah, tak sabarnya saya nak bersalin, saya terus di hantar ke Labor room. Dalam setengah jam, saya melahirkan seorang anak perempuan - Sayeeda (3.45kg). Tapi saya terpaksa tunggu di labor room tadi, sebab wad penuh! Tak ada katil! Dari pukul 10.31am saya bersalin, sampailah pukul 12.45 tgh hari, barulah saya dipindahkan, tapi bilik pemeriksaan ! Dan suami saya masih belum diberitahu yang saya dah selamat, sedangkan dah berkali-kali dia tanya di kaunter. Saya sangat lapar dan haus! Nasib baik ada seorang misi yang perasan saya belum makan, dia ambilkan saya segelas milo panas, dan 6 keping biskut. Sekejap aje habis! Pukul 1.05 minit baru suami saya masuk dan qamatkan anak saya. Dia kata pukul 11.00 dia tanya kaunter, dia orang cakap belum bersalin lagi! Geram betul saya. Tapi bila tengok bayi saya, terus hilang rasa marah dan penat.

Itulah coretan panjang pengalaman saya melahirkan anak. Anda pula bagaimana? Tentu tengah tersenyum-senyum sekarang ni kan? 

7 jiwa yang tenang:

  1. cik azeeya....tak payah la takott...;P bukannya semua org sama, lain anak, lain pengalamannya... dah beranak, nnti nak lg... hehe

    ReplyDelete
  2. Fasihah : agak takut eh... hehe, ok, jap lg sampai la ....

    ReplyDelete
  3. Baru je menyambut bayi pertama jumaat lepas dengan tarikh yang saya kira cantik. 11022011. Pengalaman di labor room agak tegang, mujur steady. hehe. ringannya anak sulong awak 2.48, saya yang 2.84 ni pun nampak halus sangat dah

    ReplyDelete
  4. Aku Muzik, memang kecil pun anak sulung saya, sampai sekarang ni, makan banyak pun tak membesar, kurus aje, macam orang tak cukup makan...hehe

    ReplyDelete
  5. Setiap anak mmg berbeza, dari mengandung hingga membesarkannya. tetapi walau mcmna pon tetap seronok kan :)

    ReplyDelete

Apa kata anda....