Saturday, December 25, 2010

Cuba dulu baru tau!

Tiba-tiba, selepas hampir 10 tahun saya tinggalkan programming, saya kena buat benda-benda ni semula. Banyak dah urat putus nih, boleh lagi ke agaknya ya? Apa pun, kena cuba dulu baru tau.

Apa pun, saya rasa suami saya yang lebih yakin tentang kemampuan saya dari saya. Macam-macam dia suruh saya buat. Dia kata, sikap saya yang paling dia suka ialah, tidak berputus asa dan akan cuba dan cuba hingga berjaya.

Tapi bila saya kenang balik, betul jugak kata dia. Saya memang dari dulu jenis tak kenal erti menyesal, kecewa, atau putus asa. Saya akan berusaha mencapai apa yang saya nak. Tapi, sekiranya saya gagal mencapainya, saya tidak pula kecewa atau memberontak. Sebaliknya, kita kenalah ingat, sebagai orang islam, wajib percaya pada qadha dan qadar...betul tak? 

Allah tahu yang terbaik untuk kita. Ada perkara yang kita suka tak semestinya baik untuk kita, dan perkara yang kita tak suka pula sebaliknya...

Macam orang bersalin, mana ada ubat yang sedap, tapi kalau rela, boleh mengembalikan tubuh badan kepada asal, atau lebih baik dari dulu, so, nak ke tak?

*Tengah fikir, nak buat entri cara pakaikan bayi bedung, tapi bayi mana pulak lah nak jadi model ni agaknya?


Friday, December 24, 2010

Kenangan melahirkan anak....kenangan terindah atau tragis?

Setiap ibu di dunia ini pasti ada kenangan berbeza-beza semasa mengandung, melahirkan dan membesarkan anak... begitu juga saya!

Pengalaman keguguran

Selepas sebulan berumah tangga, saya telah disahkan hamil, (bunting pelamin, kata orang tua-tua) gembiranya saya! Memang agak awal untuk memiliki anak, tapi saya seronok dan teruja. Memang itulah impian saya selepas berkahwin - menjadi seorang ibu! Waktu itu, saya dan suami masih tinggal di bilik sewa sebuah rumah pangsa (tingkat 5 - tak ada lif!). Penat betul berulang alik setiap hari, ke kedai, ikut suami buat urusan dan balik kampung. Namun , mungkin telah tertulis, belum rezeki saya, saya telah keguguran pada minggu ke 12 usia kandungan saya. Sakit sangat! Sedih sangat! Yelah, pertama kali nak dapat anak! Suami kata : "Awak ni sedih, macam orang mati laki aje, tau. Saya kan ada, boleh kita usaha lagi." Jadi, saya cuba kawal emosi walaupun hati masih belum tenang, takut tak dapat peluang mengandung lagi! (Padahal, keguguran saya tak meninggalkan masalah pun..)

Pengalaman Cesarean

Saya pulih dengan cepat, dan sebulan lepas tu, saya mengandung lagi! Kali ini, kami dah pun berpindah ke rumah yang kami duduk sekarang ni. Sepanjang mengandung, saya tak ada masalah, kecuali mabuk pada trimester pertama sahaja. Waktu melahirkan sudah semakin hampir, saya buat checkup untuk kali terakhir, tapi ada masalah pulak! Anak saya songsang - dalam keadaan duduk di dalam perut! Patut lah sakit sangat bila saya nak membongkok.
Oleh kerana dah nak due, saya terpaksa di admitkan untuk Cesarean, pada hari 16 September 2005, jumaat, pagi, saya dimasukkan ke wad, dan menanti untuk di bedah. Doktor di situ cuba memusingkan bayi saya. Sakit sangat, lagi sakit dari bersalin. Ngilu!. 2 orang doktor cuba buat, tapi tak boleh! Air dah penuh katanya. Jadi, tengahari itu saya pun di bedah! Baru beberapa minit "acara' membedah bermula, tiba-tiba, blackout! Doktor tu dah hiris kulit saya! OOOHHH! Nasib baik tak lama, beberapa saat sahaja. Dan akhirnya, saya dan bayi selamat dalam pembedahan itu. Lahirlah AIN (2.48kg) ke dunia ikut jalan "tingkap"!

Gangguan waktu bersalin

Beberapa minggu sebelum Ain mencapai usia 1 tahun, saya terkejut kerana hamil lagi! Alhamdulillah....Rezeki! Saya seronok, tentu sekali. Kehamilan saya tiada masalah. Mabuk juga hanya pada trimester pertama sahaja. Waktu melahirkan semakin hampir. Saya sudah mula rasa sakit pinggang. Contraction pun mula terasa, tapi bila ke klinik, doktor kata, baru 1 cm. Kebetulan 5 Mei adalah hari ulang tahun syarikat kami. Kami ingin mengadakan sedikit kenduri doa selamat dan jamuan makan. Suami cakap pada bayi saya, "Adik, jangan keluar dulu ye, mama sibuk banyak kerja.." Marahnya saya! Saya yang menanggung sakit, suka hati dia je suruh tunggu. Tapi saya berjaya juga mengajurkan majlis itu dengan senyuman yang menyimpan rasa sakit yang amat! Hari berikutnya, rasa sakit berkurang. Pada 9 Mei 2007, saya bangun pagi dan mendapati ada darah yang keluar. Jadi dah ada tanda lah!
Saya kejutkan suami, dan suami menghantar saya ke hospital secepat yang dia mampu. Saya tidak pula mengerang, tapi hanya banyakkan berselawat. Bila doktor check, bukaan adalah 6 cm. Saya dihantar ke dewan bersalin, dan terus memulakan proses melahirkan. Dalam keadaan itu (ibu-ibu mesti tahu apa maksud 'keadaan itu') seorang lelaki masuk ke bilik saya dan diperkenalkan sebagai suami saya, tapi dia bukan suami saya! Saya terkejut dan masih sempat beritahu nurse, " tu bukan suami saya " dalam keadaan tengah meneran. Terperanjat punya pasal, Kepala bayi yang dah separuh keluar, termasuk balik!Saya dah tak berdaya. Saya hampir saja putus asa. Sister di situ cuba menenangkan saya dan memberi semangat. Akhirnya saya bangkit semula, tapi bila kepala bayi saya dah keluar, saya mula lemah kembali, dan kali ini betul-betul hilang tenaga! Sister cuba pujuk saya, dan cara terakhir, mereka mengambil cermin, menyuruh saya melihat sendiri, kepala bayi saya di 'situ'! Subhanallah! Terima kasih pada sister tadi, saya terus kembali bertenaga sebab terperanjat, dan sekali teran saja, bayi saya dah selamat dilahirkan -Afiqah!(3.13kg)


Saya terbiar selepas bersalin


Pada usia Afiqah 1 tahun 4 bulan, saha hamil lagi. Tetap saya bersyukur walaupun tidak menyangka akan kehamilan itu! Macam biasa, mabuk pada trimester pertama, tapi, kali ini, saya ada mengidam! Mengidam nak jambu batu yang isi merah tu! Dulu, di rumah mak saya, ada pokok tu. Tapi dah di tebang! Pada bulan ke-6 barulah saya dapat makan buah tu, di rumah mak mertua. Waktu bersalin pun sudah hampir. Mak saya suruh saya rendam akar fatimah. Bila akar fatimah itu dah betul kembang, maknanya, dah nak bersalin, dan minum airnya supaya cepat sakit bersalinnya sampai. Tapi memang betul, kembang sangat pada hari due saya tu.
Jadi, pada 4 May 2009, (kali ini, kami tak buat sambutan ulangtahun syarikat!), selepas solat maghrib, saya minumlah air itu. Malam tu dari pukul 3 pg, hingga ke 6.30 pagi, contraction yang sangat kuat, mengalir airmata saya menahan sakit. Bukan saya tak nak pergi terus, tapi, kalau bukaan saya 3 cm ke bawah, saya di suruh balik dulu! (Dah nampak, depan mata kes macam tu). Jadi, pukul 6.45 pagi, saya telefon mak saya, minta ampun dan maaf, dan mak saya suruh ke hospital walau pun belum keluar darah atau air ketuban belum pecah. Saya telefon mak mertua untuk minta ampun dan maaf dan minta dia doakan semoga saya selamat. Suami pun sepantas kilat menghantar saya ke hospital. Rasa sakit kali ini sangat berlainan, sangat sakit! Mungkin kerana bayi saya agak besar dari sebelum ini. Sepanjang perjalanan saya membaca ALAM NASYRAH berulang kali. Sampai di hospital, di bilik saringan, doktor, tak ada, sister pun tak ada. Mereka ada beberapa kes Cesarean. Bila doktor tiba, orang lain yang datang kemudian, dah dibawa ke labor room, saya, masih belum diperiksa!


Dekat 1 jam saya menahan sakit! Rasa macam nak lahirkan aje bayi saya di situ. Tiba-tiba misi datang, "Doktor belum cek kak?" saya geleng, dah tak mampu nak berbual. Bila doktor datang, dia tanya soalan yg dah saya jawab sebelum dimasukkan ke bilik saringan. Saya cakap, "Doktor, saya dah tak boleh tahan, saya teran aje dekat sini nanti." Doktor terkejut dan terus periksa. Bukaan dah masuk 9 cm! Air ketuban saya terus pecah, melimpah-limpah, tak sabarnya saya nak bersalin, saya terus di hantar ke Labor room. Dalam setengah jam, saya melahirkan seorang anak perempuan - Sayeeda (3.45kg). Tapi saya terpaksa tunggu di labor room tadi, sebab wad penuh! Tak ada katil! Dari pukul 10.31am saya bersalin, sampailah pukul 12.45 tgh hari, barulah saya dipindahkan, tapi bilik pemeriksaan ! Dan suami saya masih belum diberitahu yang saya dah selamat, sedangkan dah berkali-kali dia tanya di kaunter. Saya sangat lapar dan haus! Nasib baik ada seorang misi yang perasan saya belum makan, dia ambilkan saya segelas milo panas, dan 6 keping biskut. Sekejap aje habis! Pukul 1.05 minit baru suami saya masuk dan qamatkan anak saya. Dia kata pukul 11.00 dia tanya kaunter, dia orang cakap belum bersalin lagi! Geram betul saya. Tapi bila tengok bayi saya, terus hilang rasa marah dan penat.

Itulah coretan panjang pengalaman saya melahirkan anak. Anda pula bagaimana? Tentu tengah tersenyum-senyum sekarang ni kan? 

Thursday, December 23, 2010

Walau penat tapi berbaloi-baloi.....!

faSaya baru dapat duduk mengadap pc dan merehatkan kepala lutut. Dari pagi tadi, awal pagi (5.30 pg) sampailah 5.30 ptg, baru dapat rehat. Tapi, seronok! Maklumlah, saya dah lama tak jumpa orang kampung... Ops lupa, sebenarnya, saya turun padang, jual sendiri produk saya di SAMBUTAN HARI WANITA di GERAKAN PERSATUAN WANITA (GPW) - FELDA ULU TEBRAU.

Wah, bukan main meriah lagi para peniaga, bukan ramai sangat yang datang, tapi seronok. Jualan saya pun mendapat sambutan. Saya tunggu juga tadi, kalau nombor saya naik (cabutan nombor bertuah!), tapi, tak dapat nak tunggu sampai habis, dah agak lewat, memandangkan saya ada janji lain. Apapu, kepada Pengerusinya, HAJAH RAFEAH, memang seronok dan best sekali. Dan kepada AJK masakannya,(mak saya!) masakan anda memang marvelous!

Tahniah juga kepada pemenang pertandingan gubahan tuala dan gubahan gula-gula. Memang kreatif!

Tahniah juga kepada pemenang pertandingan masakan asam pedas, kuih bingka, bubur lambuk dan kuih kacau keledek, masakan anda semua memang best!

Kepada AJK GPW, majlis yang meriah!

DAN, TERIMA KASIH KEPADA PEMBELI PRODUK SAYA, BR HOM PLUS....Dapatkan yang terbaik untuk keluarga anda selalu!

meh kita tengok gambar yang sempat saya snapkan.....







Ada banyak lagi gambar, saya akan uploadkan di facebook. OK!

Tuesday, December 21, 2010

Rasa macam tengah drive Ferrari pulak!

Ye, betul...bukan sebab kelajuan... tapi dari cara ekoran pandangan mata, dan cara tenungan orang-orang yang melihat kancil kesayangan saya...!


Apa yang best sangat pada kancil saya tu kan.... cuma saya dah cat baru, dan buat air brush gambar produk yang saya jual , itu saja..






Ferrari saya la tuu.......

Betul, semua orang pandang sampai kelibat kereta ni hilang. Tapi bila tengok kt stereng, ek eleh, kancil je.......

Tapi, saya rasa seronok, sebab, apa yang saya dan suami idamkan, dah tercapai. Nak buat airbrush gambar produk kami.....

Suami : Best ke bawa kereta yg baru cat tu? Ada orang tengok ke?
Saya : Rasa macam bawa ferrari bang, naik segan pulak nakkeluar, tak tahu apa yg ada dalam fikiran orang, agaknya 'corak apa sebenarnya kat kereta dia ni?' hehehe....


Suami tersenyum...

Tapi, sabtu lepas, saya keluar, menuju ke Skudai Kiri, betul betul sebelah saya, FERRARI ! Bukan tak pernah nampak, selalu, pernah juga terserempak dengan konvoi Ferrari dulu... Tapi, kali ni rasa lain, KETERUJAAN YANG SANGAT DAHSYAT! Sampai saya snap satu gambar guna phone! Macam jakun pulak kan? Tapi tak tahu kenapa, masa tu, memang rasa sangat TERUJA...

Saya rasa, macam bersemangat pula nak mencapai tahap pakai Ferrari tu, pakai sekejap, lepas tu jual balik, boleh? Sebab membazir pulak rasa kalau beli kan, bukan boleh full speed pon..... hehehe.

*Dari dulu ada 2 kereta idaman, satu dah dapat pakai, satu lagi belum. Nampak macam mustahil je. Kalau tak dapat pun tak apa, cuma buat pembakar semangat je!

RAMAI LAGI KE ANAK MACAM NI?

Semalam, saya dan emak saya keluar bersama. Seronok rasa. Dah lama tak keluar berdua dengan mak aje. Macam-macam kami bualkan. Sampailah cerita pasal jodoh.

Mak cerita pasal anak kawannya yang masih belum berkahwin, (perempuan), usia 30-an. Mak cakap, kalau ada sesiapa yang baik, mak suruh saya kenalkan untuk anak kawannya tu. Mak kata ;

"Baik betul anak makcik tu ayu. Pernah sekali, dia bawa mak jalan-jalan di Kuala Lumpur, sampai sesat dan lambat balik, yalah, dia pun bukan duduk KL, mak pun tak kisah. Bila Along dia dah jemput, kawan mak tu marah kan anak dia. Teruk di marahnya. Macam-macam makcik tu cakap tau, tapi yang paling mak tak boleh lupa, budak tu tak berbunyi satu patah pun. Membela diri sendiri pun tidak. 

Mak tanya dia kemudian, kenapa tak cakap je dengan mak tadi, tersesat, sebab tu lambat.....

Dia jawab pada mak, saya tak sampai hati nak jawab apa-apa la mak cik, kesian mak saya, nanti dia sedih, tak apa lah, memang salah saya, saya dah agak mak marah macam tu.....

Kesian mak tengok budak tu nangis teresak-esak depan cermin. Dia tak kisah langsung, cuma dia sedih sebab dia dah buat salah. Baik betul.......

Dalam hati saya, saya pun tak pasti bolehkah saya jadi sebaik itu. Bolehkah saya dapat anak sebaik itu, di zaman ini?

Takpe mak, saya akan cuba juga bersikap begitu pada suami dan emak, walaupun kesedaran itu agak terlambat. Mak kata, saya tak pernah lawan mak, tapi mulut saya memang becok, mesti nak cerita apa yang terjadi jika sesuatu berlaku. Saya mesti nak orang tahu apa yang saya lalui sebenarnya yang menjadi punca sesuatu perkara perlaku.

Ada ramai lagi ke anak macam ni yang tinggal di hujung nyawa dunia ini? Insya-ALLAH, akan kita perolehi jika ALLAH memperkenankan.


rabbana hablana min azwajina wa zuriatina qurrata a'yuni waaj'alna lil muttaqina imama. bismillahi tawakaltu alALLAH, lahaulawala quata illa billa hiil aliyul azim...Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuniat keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa. dengan nama ALLAH, aku bertawakal kepadamu, tiada daya dan upaya bagiku melainkan dengan izinmu wahai tuhan yang AGUNG.

Saturday, December 18, 2010

DULU AKU NAKAL



Baru pertama kali melawat blog En. Ben Ashaari nih, sangat senior berbanding saya dan sgt tertarik ngan segmen yang baru diwar-warkan ni. Jadi, sy join jugak lah! Meh, nak cerita sikit, berapa nakalnya saya masa sekolah....

Sekolah Tadika Felda Ulu Tebrau (1987)
Sekolah Rendah Kebangsaan Felda Ulu Tebrau (1988-1993)
Sekolah Menengah Convent Bukit Nanas (1994 - 1998)

Oky, zaman sekolah tadika lagi saya dah nakal. Cikgu saya nama dia Cikgu Yati. Kalaulah saya jumpa semula gambar masa di tadika dulu, Mesti sy add kan di sini. Di tadika saya dulu, ada satu rumah replika, rumah kayu, kecik je, boleh la duduk sorang dalam rumah tu, tapi duduklah. Memang geng saya je biasanya dapat main kat situ. Bila cuti, saya dan geng semua sanggup jalan kaki, masuk tadika ikut parit. (Tak senonoh betul, anak sapa tu?Kih3) Nak main buaian !

Sekolah rendah, saya agak popular, sebab masa darjah satu, akhir tahun, dapat 4 anugerah. Mak orang lain jeles dengan mak saya. (Mak suka lah tu). Lepas tu, ramai la yang kenal saya. Tapi, bila darjah satu ada seorang kawan yang berjiran dan salah seorang kawan baik jugaklah masa tu, tak puas hati dengan pencapaian saya, dia dengan hebatnya meningkatkan pencapaian dia, dan mulai darjah dua, sampai darjah 6, dialah no 1 di sekolah. (Saya, relaks jer.....baguslah, dia kawan saya, tumpang gembira la kan) Sekarang dia dah jadi doktor yang berjaya - dr yus.

Cikgu-cikgu zaman saya sekolah dulu (terima kasih cikgu sahak atas gambar ihsan  nih)
Sekolah rendah saya baik je. Tiap-tiap tahun masuk pertandingan melukis. Saya suka sangan seni. Kuiz, macam-macam kuiz saya masuk. Jadik tikus pun pernah! (Three blind mouse....) Kebanyakkannya, berjaya menjadi johan ! Best gak dulu2, kan!


Okay, Sekolah menengah, lepas UPSR, saya masuk Asrama Semai Bakti Felda, di Lembah Keramat, Kuala Lumpur,
Pintu Pagar Depan (Stay sini sampai ting 3 je, lepas tu kaka saya pindah ke KL,  jadi saya duduk dengan kaka saya sampai tingk 4, tetiba, abang ipar saya tukar kerja ke JB, saya tinggal dengan pakcik Tawil saya di Ampang)
dan bersekolah di Sekolah Menengah Convent Bukit Nanas. Saya memang sangat seronok diberi peluang bersekolah di situ. Masa tu, prinsipel kami, Puan Vimala Mattews.


Tingkatan 1-3

Saya ditempatkan dalam kelas yang tak kan saya lupa sampai bila-bila. Mai, onah, zihan, fareeza, fara, iza, juli, izan, izan (mmg ada 2 izan), tengku,noni, ros, lin, rinnie, jess, ijah, zek, ana, hanita, vaish, ramai lagilah. (Onah, aku ingat, ko suka panggil aku md don kan, mentang2lah nama ayah aku unik, tp aku bangga! hehe)

Kami suka usik cikgu Bahasa Malaysia - En. Rohizan yang sporting. Cikgu, ada teka teki tak? hehe...Saya takkan lupa , kami menang choral speaking. Meriah betul rasanya. Lepas tu, masa buat projek Geografi, saya takkan lupa, Mrs Lim betul-betul bawa senduk kayu, bagi memastikan kami tidak bergurau senda di tepi jalan! Mrs Lim comel...Kelas kami memang terkenal dengan kontrovesi! Ada macam-macam perangan, yang suka datang lambat, yang suka bukak kasut, yang suka tidur, yang baik dan rajin....(tak nak point siapa orgnya, nnti ada plak yg marah kt saya, hehe).

Cikgu kesayangan, tak de, sebab semua saya sayang..(baru sedar bila dah habis sekolah! hehe). Saya takkan lupa, Puan Azizah, Pn Latifah, En KZ, Pn Aizab, Miss Lee, dan cikgu-cikgu lain yg tak leh nak recall namanya...
Rindunya nak melangkah masuk pagar nih .....
Tingkata 4-5

Biasalah, bila tingkatan empat, kita panggil honeymoon years. Memang honeymoon saya masa tu. Saya tak suka matematik masa tingkatan 4, sebab tak berapa nak faham apa cikgu tu ajar. Homework dia, memang perkara terakhir dalam hidup yang saya buat. Bila tingkatan 5, saya mula sedar, (hish nak abis sekolah dah ni. Mak bapak hantar belajar jauh-jauh, buat suka hati pulak.) Saya mula sibuk belajar, dan akhirnya SPM saya berjaya.

Group saya dr tingk. 1 masih kekal, onah, zihan, fareeza, juli, rinnie, jessica, fara, iza, tengku, ijah. Walau pun dah tak sama kelas, kami masih ada duduk di satu meja di kantin! Dalam kelas pulak, saya tambah lah geng baru. Su, bibik, nama, hani, eliza, hui moon, dan kawan dr kelas lain, nurul, nadia, suhana, dan lain-lainlah.

Cikgu Nora Anita yang cantik, Mrs Dorai yang baik, Puan Norlela yang comel,  Puan Azizah yang lemah lembut, ramailah cikgu yang baik-baik...

Kokurikulum..

Memang dari kecil saya minat seni. Kalau boring, saya melukis, sekarang dah jarang, sibuk dengan anak. Saya masuk Kelab Seni Foto, sebab guru penasihat ialah guru seni kesayangan saya, Puan Rosiha, nama pun dekat sama! Dan saya....Presiden Kelab Seni Foto....Masuk pertandingan fotografi, dapat saguhati, sebab, tak ada kamera yang canggih ! huhu....Masuk Persatuan Puteri Islam, tak ingat jawatan apa.

Lepas tu, 2 tahun kot, jadi solo nasyid sekolah, dan pernah menang peringkat zon kalau tak silap, hehehe...

Cita-cita....

Masa sekolah rendah, cita-cita nak jadi doktor. Bila naik tingkatan empat, tengok buku rujukan medic student, cancel plak, sebab saya tak serajin itu! Sekarang, saya bisnes woman! hehe lain kan.....

Artis

Zaman sekolah, saya minat sangant dengan Boyzone, Backstreet Boys, lepas tu, N SYNC, lepas tu David Beckham. Kalau artis Malaysia, saya minat sangat Hans Isaac. Kawan-kawan yg tahu, memang akan pas kat saya apa saja yang diorang ada pasal hans isaac nih. Heheh, kelakar la pulak.

Perkara tak boleh lupa

Paling tak boleh lupa, masa ambil result SPM, guru kelas saya cakap, 


"Rashidah, awak dapat 6 A ye, diorang tadi tak panggil pun nama awak naik pentas. 


Dengan perasaan hati yang kecil, saya jawab,


Cikgu, diorang panggil saya cikgu, saya berdiri kat pentas tadi, cikgu tak perasan ke....) Huhuhu......

Kalau dapat kembali, tentulah saya nak buat lebih baik, dan lebih menyayangi cikgu-cikgu yang sangat berjasa kepada saya.

*Kalau anda semua tak enjoy dengan cerita saya, minta maaf la yer.... saja saya suka, kalau boleh panjang lagi nak cerita, tapi tak larat nak taip!

Friday, December 17, 2010

Sayeeda dah pandai !

Kepala saya tengah sarat memikirkan tentang macam-macam. Nak rehat bersama-sama kit-kat, puasa. So rehatlah dengan mengenangkan memori yang indah....

Sayeeda membuat aksi muncung
Sebenarnya, saya tiba-tiba teringat peristiwa pagi tadi. Anak kecil saya, sayeeda ( 1 thn 7 bulan) yang tadinya masih tidur, tiba-tiba dah ada di sebelah saya. Saya buatkan susu untuk sayeeda.

saya : adik bam(baring) ye, habiskan susu ye.
sayeeda : ye...

Saya menyambung kerja di dapur. Selesai minum susu, dia ke dapur untuk meletakkan botol susunya ke dalam sinki. (memang dah jadi rutin dia!) Melihat susu ain dan afiqah belum diusik lagi, saya ingin memanggil mereka berdua yang masih tidur tu. Terdetik di hati nak uji sayeeda, sama ada dia faham arahan saya atau tidak.

saya : adik, panggil kakak ain dengan kaka fiqa, suruh minum susu.
Sayeeda : ye (sambil berlari  mantul-mantul menuju ke bilik kakaknya)

Sayeeda : ain. ngun. cucu. (Ain, bangun, susu)
               iqa, ngun, cucu. (Fiqa, bangun, susu)
              pepat! (cepat!)

Saya ketawa gembira mendengarnya. Ya Allah! Pandai sungguh anak saya ni! Alhamdulillah...... 

Pada saya, perkembangan Sayeeda sangat cepat jika dibandingkan dengan kanak-kanak yang sebaya dengan dia. Banyak lagi perkara lain yang dia buat memberi kejutan kepada saya sekeluarga.

Ibu mana yang tak gembira tengok perkembangan anaknya kan? Saya juga sangat yakin selain daripada masa dan belaian manja yang kita berikan kepada anak-anak, makanan yang baik juga perlu bagi membentuk kesihatan minda dan fizikal yang baik.

*Terima kasih kepada BR HOM PLUS yang saya telah amalkan sejak mengandug anak pertama lagi. Ia sangat membantu.


Permata (Untuk Isteri Ku) - KHAS UNTUK SEMUA YG BERGELAR ISTERI!

Telah ku siapkan satu daerah paling sunyi
Dalam hati ini untuk kau isi sebagai isteri
Untuk kau penuhi dengan kemuliaan seorang wanita
Untuk kau beri erti dengan kelembutan 
Untuk kau hargai dengan kasih sayang

Ku ingin kau jadi wanita mulia
Yang tahu harga budi dan hati
Seorang lelaki bernama suami

Kerana engkau isteri
Ku ingin kau mengerti bahawa hidup ini
Tak semudah yang kita janjikan
Yang kita janjikan
Kerana kau isteriku



PENULISAN INDAH OLEH JM AZIZ


Indahnya kalau semua wanita dihargai seperti gambaran puisi ini. Betapa hati seorang wanita mendambakan perhatian dan sentuhan jiwa lelaki yang ikhlas menerimanya sebagai suri hidup.


Namun, bukan salah lelaki jika wanita itu tidak sedar betapa indahnya kedudukan seorang wanita itu di dalam Islam. Selamilah keindahan yang telah di ciptakan sejak terciptanya Hawa yang di khaskan untuk Adam. Betapa wanita itu sebenarnya sepatutnya seorang yang  setia, lembut, penuh dengan rasa sayang dan kemuliaan hati. Itulah sifat yang harus ada dalam diri seorang wanita. 


Mendapatkan cinta lelaki yang baik dan ikhlas, bukan satu perkara mudah di zaman ini.  Wanita dikatakan berbeza dengan perempuan. Tapi salah siapa yang mewujudkan kelompok begitu dikalangan kita? Tidak perlulah menuding jari pada sesiapa. Apa yang perlu dibuat ialah, perbaiki diri dan keluarga, jauhi dosa-dosa besar, dan minima kan dosa-dosa kecil.


Saya sendiri berharap, suami saya tetap meletakkan saya dalam hatinya sehingga ke akhir hayat. Semoga kami dapat membina keluarga yang sentiasa diredhai, dan semoga cinta kami disemai indah dan disirami CINTA dari ILAHI. InsyaALLAH.


*Saya sangat suka lagu ni... boleh menitis airmata bila menghayati lirik yang sangat halus bahasanya tu. I LOVE U ABANG!

Thursday, December 9, 2010

CINTA SEMPURNA, boleh dapat ke?

Bila sebut tentang cinta, ramai yang teruja, ramai juga yang tak percaya. Lebih-lebih lagi wanita. Jiwa yang lembut dan penuh rasa sayang sentiasa mendambakan cinta. Cinta yang sering diperkatakan pula selalu berkisar tentang cinta antara lelaki dan wanita. Perasaan itu memang yang ditunggu-tunggu untuk mendapatkan pelengkap kehidupan.

Namun, dapatkah kita memiliki cinta yang sempurna? Bagaimana sebenarnya cinta yang sempurna? Adakah setiap orang boleh memilikinya? Tentu sekali pandangan tentang cinta ini berbeza-beza mengikut penilaian masing-masing.

CINTA SEMPURNA ANTARA PASANGAN

Pasangan yang saya maksudkan semestinya pasangan yang sah sebagai suami isteri. Pernikahan adalah langkah pertama menjejaki CINTA SEMPURNA.

Adakah cinta sempurna itu adalah :
  1. Sentiasa cakap I LOVE U
  2. Sentiasa bergurau senda
  3. Sentiasa belai membelai
  4. Sentiasa senyum dan ketawa
  5. Sentiasa cantik dan kacak
  6. sentiasa memahami
  7. Tidak pernah bergaduh
  8. Anak ramai dan pandai
  9. Suami / isteri kaya
  10. dan lain-lain
Jika perkara di atas adalah unsur-unsur untuk mendapatkan cinta sempurna, susahlah saya nak mengecapinya.

CINTA SEMPURNA di mata saya.

Saya punya cinta yang sempurna dengan suami. Saya bukan wanita yang sempurna. Saya boleh memasak, tetapi bukan sentiasa masakan saya five star. Saya suka mengemas, tapi bukan sentiasa badan saya bersemangat nak mengemas. Saya suka bergurau, tetapi bukan setiap masa saya boleh bergurau. Tubuh badan saya cukup, tapi saya tidak langsung kelihatan seperti wanita jelita dalam gambaran kisah-kisah cinta yang menjadi lagenda.

Bagi saya, saya memiliki cinta sempurna bila suami menjadi pelengkap rumahtangga. Bila saya salah, dia marah, dia tegur. Bila dia salah, saya tegur dengan cara lembut. Bila saya sedih, dia menghiburkan. Sikap negatif saya akan bertukar menjadi positif bila bersamanya. Bila saya tak boleh menahan perasaan marah, dia akan memberi ruang untuk saya menenangkan diri. Bila kami berdua tidak boleh menahan marah, geram atau lain2, kami juga akan bertekak sesama kami, tapi kami akan berbaik dalam tempoh 24 jam. Saya akan mulakan nya. Saya tak kira salah siapa. Tetap saya juga yang meminta maaf dulu. Memang saya letakkan suami di tempat yang tinggi di hati saya.

Saya tahu dia bukan lelaki sempurna. Tapi dia menjadi sempurna kerana sudi menerima saya seadanya.


CINTA KAMI JADI SEMPURNA BILA KAMI TIDAK MENYIMPAN DENDAM, DAN SALING CUBA MEMAHAMI, SERTA SAMA-SAMA MEMPERBAIKI KELEMAHAN DIRI. CINTA KAMI JADI SEMPURNA BILA KAMI SAMA-SAMA MENCARI CINTA ILAHI.
GAMBAR HIASAN

Mungkin ada antara anda mempunyai suami yang tidak memahami, tidak mahu mengalah, panas baran dan macam-macam lagi di kaca mata anda, saya setuju. Tapi, cuba anda ingat kembali apakah niat anda semasa bersetuju berkahwin dengannya. Adakah :
  • kerana cinta
  • pilihan ibu bapa
  • dah tiba masa, tak cinta tak apa
  • nak hidup mewah
  • nak ada anak
  • perlu sara hidup
ATAU
  • kerana ALLAH SWT
  • mengikut sunnah Rasulullah SAW
  • ingin berubah menjadi soleh, solehah.
Semua perbuatan bermula dengan niat. Mencari keredhaan ALLAH SWT adalah perkara utama. DAPATKAN CINTA ALLAH, MAKA CINTA KITA AKAN SEMPURNA....


***Jika pasangan mempunyai karakter yang tidak membantu, berdoalah kepada Allah swt supaya rumahtangga yang terbina mendapat redhaNYA, dan semoga pasangan kita dan kita sendiri akan berubah kepada yang lebih baik.


Allah swt tidak menjadikan satu pun di dunia ini sia-sia. Jadi carilah kebaikannya walau sebesar biji sawi. Kita pasti dan mesti bersyukur kepada Allah STW. Yakinlah, apa saja perbuatan baik mahupun buruk akan diberi balasan.

Monday, December 6, 2010

SELAMAT MENYAMBUT AWAL MUHARAM 1432 H.

Doa awal tahun :


Maksudnya :

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka. Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia. Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.

Doa akhir tahun 

Maksudnya :

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka. Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu. Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.

SELAMAT MENYAMBUT AWAL MUHARAM