Saturday, November 20, 2010

Ada yang tak nak kahwin....kenapa?

Assalamualaikum semua. Beberapa hari kebelakangan ini, saya banyak terdengar bermacam cerita tentang perkahwinan. Tapi, topik yang menarik hati saya untuk dibicarakan disini ialah wanita yang tak nak kahwin.

Saya tegaskan sekali lagi, topik ini khusus dibicarakan tentang wanita yang TAK NAK kahwin. Bukan yang nak kahwin, tapi belum sampai jodoh.

Bila saya kaji, ramai yang tidak mahu kahwin berdasarkan beberapa sebab iaitu :
  1. saya dah ada rumah, kereta dan kerjaya yang baik, tak perlukan suami untuk mendapatkan semua itu.
  2. ramai orang kahwin bercerai, saya tak nak alami semua tu
  3. saya bukan perempuan gatal
  4. saya boleh jaga diri tanpa perlukan lelaki di sisi
Mungkin ada lagi yang lain.

Maafkan saya jika topik ini membuatkan sesiapa sakit hati dengan saya. Tapi saya cuma nak ubah pemikiran daripada TAK NAK kepada BERSERAH KEPADA ALLAH.

Ada dikalangan wanita yang memang solehah, dengan menghadkan pergaulan sehingga tidak ramai yang tahu kewujudannya di rumah itu. Adakah itu satu sebab dia belum berkahwin? Jika ia benar, dan dia mahu berkahwin jika ada lelaki baik yang meminangnya, maka baguslah bagi dirinya.

Tetapi jika katanya, 

"Aku masih muda. Aku pun tak ada menggatal nak ber'boyfriend'. Lecehlah dah kahwin nanti ada anaklah, kena jaga suamilah. Kalau suami aku gaji lagi rendah daripada aku, aku pulak yang kena tanggung dia nanti kan? Aku nak kemana pun tak dapat.............blablabla..."

GAMBAR HIASAN
Golongan ini, saya minta bacalah sedikit ringkasan dari saya di bawah berkenaan perkahwinan.



Kenapa kena kahwin?

Pertama sekali, ada satu hadis Nabi yang sangat popular iaitu :

Rasulullah SAW bersabda :

"Perkahwinan adalah salah satu sunnahku. Barangsiapa tidak menyukai sunnahku, maka sesungguhnya ia tidak meyukai aku."

Tidak takutkah kita jika tidak tergolong dari umat Nabi Muhammad? Semoga Allah ampunkan dosa saya dan semoga Nabi Muhammad memberi syafaat kepada kita semua.

Keduanya : 

Rasulullah s.a.w. pernah bersabda : 

"Apabila seseorang itu berkahwin, maka terselamatlah separuh agamanya. Maka tinggal lagi yang separuh dan itu ialah perut. "

Huraian secara ringkasnya adalah, perkahwinan menyelamatkan kita daripada zina, dianiaya dan fitnah. Jika kita jaga makanan dan amalan kita yang lain, maka sempurnalah agama kita.

Perkara baik yang kita dapat selepas berkahwin sebagai seorang wanita (berkahwin kerana ALLAH ):
  • Satu ni'mat
  • Disayangi dan dicintai Nabi Muhamad
  • Mendapat zuriat, maka bertambahlah umat Nabi Muhamad
  • Menjauhkan fitnah dan umpat keji masyarakat kepada kita dan keluarga
  • Mengurangkan kerisauan ibu bapa ( kebanyakan ibu bapa yg sudah lanjut usia risau jika mereka meninggal dunia tanpa sempat mengahwinkan anak-anak.)
  • menjadi isteri solehah, bererti anak solehah. Ganjaran telah tersedia buat kita yang menjaga iman, maruah suami dan hartanya.
  • Suami bukan saja penjaga di dunia, tp juga membawa banyak kebaikan untuk kita di akhirat
  • Bila dikurniakan zuriat, anda sendiri akan tahu betapa bahagianya anda rasa.
  • Dan jika anda berjaya menidik zuriat menjadi soleh & solehah, Allah saja yang tahu ganjarannya...
Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya – Hadis Riwayat Riwayat Al Bazzar.


Kebaikan kahwin awal

Saya berkahwin pada usia 23 tahun. Pada saya itu usia yang baik tapi sebenarnya agak lewat. Jika saya kahwin awal dan mendapat suami yang membimbing saya dalam agama dengan baik, usia saya tidak akan sia-sia. Saya wanita yang aktif. Tapi selepas berkahwin, saya benar-benar teirngin untuk menjadi surirumah sepenuh masa, menjaga rumahtangga dan mendidik anak-anak dengan sempurna.

Antara kebaikan berkahwin di usia muda :
  • dilindungi dari fitnah dan zina
  • Dapat menjaga diri lebih-lebih lagi di zaman penuh cabaran ini
  • dapat zuriat awal (jika diizinkan ALLAH)
  • Di hujung usia (jika panjang umur), anak-anak sudah boleh berdikari, mungkin ada yang sudah berkahwin, jadi saya boleh mati dengan tenang jika mereka berada di jalan yang betul
  • bercinta dalam keadaan yang halal dan menadapat pahala setiap kali bercinta
  • Bayangkan jika hidup  hingga 60 tahun, anda dapat mengumpul amalan dan bakti kepada suami, anak-anak dan keluarga selama 37 tahun!
Walaubagaimanapun, berkahwinlah kerana mencari keredhaan ALLAH. Janganlah berkahwin kerana ingin menunjuk-nunjuk, atau kerana mengikut telunjuk atau ingin bersuka-suka. Perkahwinan yang menjanjikan kebahagiaan dunia dan akhirat adalah perkahwinan yang diredhai ALLAH SWT. 

Tulisan saya ini bukanlah bertujuan negatif. Saya cuma kasihan kepada kaum wanita yang tidak mahu memahami hikmah disebalik perkahwinan. Bukan semua orang yang berkahwin awal itu gatal, mengikut nafsu atau pentingkan diri. Jika itulah niat berkahwin, susahlah mendapat redha ALLAH. Kepada rakan wanita yang berniat TAK NAK KAHWIN, tukarlah niat kepada, 'saya akan kahwin bila ALLAH temukan jodoh saya'. Berdoalah semoga mendapat lelaki yang baik dan dipercepatkan jodoh. Berdoalah dengan yakin. ALLAH MAHA MENDENGAR.

Kaun wanita diciptakan penuh dengan rasa sayang, berlemah lembut dan sensitif. Janganlah kita melawan kejadian yang indah ini. Wanita amat istimewa, sebab itulah dia diciptakan menjadi pendamping lelaki.

Sesungguhnya wanita dijadikan daripada rusuk kiri lelaki. Dia bukan dicipta dari kepala ke kaki,juga bukan dari tapak kaki. Dia dicipta dari sebelah rusuk kiri lelaki supaya dia hampir kepada kamu(lelaki), lengan lelaki dicipta untuk mempertahankan wanita, dekat dengan hati lelaki untuk disayangi.

***Saya suka alam perkahwinan. Saya suka bila suami saya menjaga kehidupan saya. Saya suka bila suami mengawal perlakuan saya. Saya suka bila kami gembira dikurniakan zuriat. Saya suka bila saya mampu menggembirakannya dengan masakan dan layanan saya. Saya suka semuanya tentang perkahwinan! Alahmdulillah syukur atas nikmat yang ALLAH berikan kepada kami!


No comments:

Post a Comment

Apa kata anda....