Thursday, October 7, 2010

UDANG MASAK SAMBAL GODREL (SAMBAL TUMIS CILI API)

Selalu anak-anak suka makan udang goreng kunyit. Saya dah lama tak makan udang sambal godril nih. Laku! Cubalah! Sesuai untuk orang yang suka pedas!

Masih dalam kuali. (haha..cantiknya kuali saya ye!)


BAHAN-BAHAN:

1 kg Udang dikopek kulitnya (saya suka tinggalkan ekornya)

Bahan Kisar :

2 Biji Bawang besar
3 biji Bawang putih
2 genggam Lada cili api hijau

1 Biji Bawang besar - dihiris
1/2  sudu asam jawa diperah dengan 1 cawan air
Minyak untuk menumis
Garam
Gula
Sos tiram


  1. Tumiskan bahan kisar ke dalam minyak yang telah panas
  2. Bila sudah naik minyak, masukkan galam gula secukup rasa.
  3. Masukkan perahan asam jawa dan 1 sudu makan sos tiram.
  4. Masukkan udang.
  5. Bila udang dah separuh masak, masukkan bawang hiris.
  6. Bila bawang hiris sudah lembut, tutup api dan sedia untuk di hidang.

No comments:

Post a Comment

Apa kata anda....