Thursday, October 7, 2010

KEK SARANG SEMUT - KUKUS, SEDAP!

Kek ini memang sedap. Baru semalam saya cuba masak sebaik pulang dari kerja. Kebetulan semua bahan-bahan yang diperlukan adalah bahan yang sentiasa ada stok di dapur saya tu. Hasilnya memang memuaskan!
 BAHAN-BAHANNYA

2 CAWAN GULA PASIR
3 SUDU MAKAN MENTEGA
2 CAWAN AIR

7 BIJI TELUR
1 TIN (390g) SUSU MANIS
2 CAWAN TEPUNG GANDUM
1 SUDU MAKAN SODA BIKARBONAT
1 SUDU TEH ESEN ROS


  1. Masak/sangan gula hingga hangus, kemudian masukkan air. (hati-hati, ia akan meletup-letup)
  2. Masukkan mentega, Masak hingga mendidih kemudian tutup api dan biarkan sejuk.
  3. Pukul telur hingga kembang di dalam satu bekas lain.
  4. Masukkan susu dan pukul rata.
  5. Masukkan tepung dan soda bikarbonat. Pukul lagi.
  6. Masukkan gula hangus dan pukul lagi.
  7. Masukkan esen ros dan kacau rata.
  8. Masukkan adunan ke dalam loyang yang telah dilapis dengan kertas minyak.
  9. Tutup dengan aluminium foil untuk mengelakkan air kukusan terkena kek.
  10. Kukus selama 1 1/2 jam.
Cubalah resepi ini. Sangat mudah dibuat dan sedap rasanya. 
Terima kasih kepada janetnorliah2001.blogspot.com.

No comments:

Post a Comment

Apa kata anda....