Saturday, October 23, 2010

Peringatan yang berulang...ada sebabnya...

Salam semua.... saya sangat sibuk beberapa hari ni, jadi agak lama menyepi. Banyak sebenarnya idea untuk mengarang tetapi banyak juga tapisan yang perlu saya buat. Saya suka jika penulisan saya membawa perkara positif kepada rakan-rakan yang membaca. Kalau blogger yang lain suka berkongsi kisah hidup mereka, saya pula tidak begitu terbuka untuk menceritakan aktiviti harian saya. Itu pendirian saya. Bagi saya, ia agak privasi. Sikit-sikit boleh lah... :P

Semalam saya terbaca satu ayat yang beberapa kali di ulang dalam surah An-nisa dan juga ada di dalam Ayat  Kursi. Mungkin juga ada di dalam surah lain, tapi saya tak tahu, kerana saya bukan 'ahli' dalam bab ini. 

Bila saya dapatkan maksudnya, ternyata banyak huraian yang boleh dibuat. Antaranya ialah sifat marah, takut dan ingin memiliki dalam diri kita. Saya kaitkan dengan sifat itu, kerana ia berdasarkan apa yang saya alami. Saya juga pasti, ramai dikalangan kita yang ada rasa yang sama. 

Ayat itu ialah : 

Surah An-nisa' :



Kepunyaan Allah-lah apa yang di langit dan apa yang di bumi, dan adalah (pengetahuan) Allah Maha Meliputi segala sesuatu. (126)

Dan kepunyaan Allah-lah apa yang di langit dan yang di bumi, dan sungguh Kami telah memerintahkan kepada orang-orang yang diberi kitab sebelum kamu dan (juga) kepada kamu; bertakwalah kepada Allah. Tetapi jika kamu kafir, maka (ketahuilah), sesungguhnya apa yang di langit dan apa yang di bumi hanyalah kepunyaan Allah* dan Allah Maha Kaya lagi Maha Terpuji. (131)


Dan kepunyaan Allah-lah apa yang di langit dan apa yang di bumi. Cukuplah Allah sebagai Pemelihara. (132


Surah Al -Baqarah (Ayat Kursi)


Allah, tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia Yang Hidup kekal lagi terus menerus mengurus (makhluk-Nya); tidak mengantuk dan tidak tidur. Kepunyaan-Nya apa yang di langit dan di bumi. Tiada yang dapat memberi syafa’at di sisi Allah tanpa izin-Nya. Allah mengetahui apa-apa yang di hadapan mereka dan di belakang mereka, dan mereka tidak mengetahui apa-apa dari ilmu Allah melainkan apa yang dikehendaki-Nya. Kursi* Allah meliputi langit dan bumi. Dan Allah tidak merasa berat memelihara keduanya, dan Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar. (255)

SIFAT MARAH 

Tujuan saya berkongsi perkara ini ialah untuk mengingatkan saya dan dan kawan-kawan pembaca, bahawa kita ini terlalu kerdil, setiap hari tidak pernah lepas dari kesilapan. Kita juga selalu cepat marah bila ada perkara yang tidak memuaskan hati. Ada saja kesalahan orang lain yang nampak di mata kita. Tapi siapa kita? Sedangkan kita hanya diciptakan oleh ALLAH yang MAHA BERKUASA MENCIPTAKAN SESUATU LAGI MAHA SEMPURNA. Dimanakah kesempurnaan yang kita ada? Tiada yang sempurna di dunia ini melainkan MAHA PENCIPTA.

Saya sendiri selalu lupa diri bila marah mula menguasai hati. Memang susah nak elak rasa marah bila ada perkara yang tidak kena, tapi, kita perlulah kawal kemarahan kita. Mungkin, dengan mengingati ayat-ayat di atas, kita akan dapat menghilangkan rasa marah, kerana kita ingat bahawa ada yang MAHA BERKUASA dan MAHA HEBAT dari kita. Kita juga pasti akan buat silap. Kita hanya manusia.

TAKUT 

Kita takut. 

Takut kedudukan sekarang bakal hilang, takut tidak dapat memiliki rumah sendiri, takut tidak dapat kasih sayang, takut hidup sendiri, takut sakit, takut tak naik gaji, takut tak naik pangkat, takut tak dapat untung besar, takut tak dapat buat jualan, takut tak dapat makan sedap-sedap lagi, takut dengan bos, takut dengan orang yang pangkat lebih tinggi, takut menyatakan kebenaran, takut menegakkan agama Islam, takut menentang kata hati sendiri, takut dipandang rendah oleh kawan-kawan-kawan dan saudara-mara, dan banyak lagilah.

Kenapa tidak kita pupuk rasa takut kepada ALLAH? Takutlah kita kepada ALLAH. Mudah mudahan boleh mendatangkan taqwa yang tinggi dan berpanjangan. ALLAH ITU MAHA SEGALA-GALANYA.

Jika kita jatuh, mungkin itu hukuman atas kesalah kita, atau dugaan untuk meningkatkan iman. Jika kita sakit, itu adalah peluang untuk menghapuskan dosa. Jangan kita terus hanyut dengan dunia. 

Ketahuilah, tanda-tanda akhir zaman itu amat jelas kelihatan sekarang. Besediakah kita menghadapi hari pembalasan kelak? Ke syurga atau ke neraka kita nanti? Hanya ALLAH YANG MAHA MENGETAHUI. Jika kita ingat pada YANG MAHA BERKUASA, DIA juga akan ingat pada kita.


INGIN MEMILIKI


Manusia memang ada sifat memiliki. 


Sebagai contoh, bagi seorang wanita yang bersuami, kita ingin memiliki hatinya, cintanya, kasih sayangnya, perhatiannya, masanya, tawanya, malah apa jua yang ada padanya kita ingin menakluki dia. 


Lupakah kita, dia ada yang lebih memiliki? PENCIPTA. DIA MAHA MEMILIKI. Kita hanya dipinjamkan dunia, dipinjamkan rasa cinta dan sayang. Sedangkan DIA MAHA MENYAYANGI DAN MAHA MENCINTAI setiap makhlukNYA. CINTANYA tidak mampu kita tandingi. 


Besarnya sayang dan cinta kita kepada orang yang kita sayang, tidak mungkin setanding dengan CINTANYA.


Apa yang harus kita tanam di dalam hati untuk kita miliki, ialah cinta dan sayang yang tidak putus dariNYA. Andai kita terkeluar dari landasan, takutlah kita kerana bakal kehilangan cintaNYA. Apa yang kita mahu cari sepatutnya rindu yang tidak berbelah bagi kepadaNYA. 


Bersama-samalah kita mengisafi diri. Semoga ALLAH membimbing kita ke jalan yang di redhaiNYA.....AMIN.

** Sekiranya ada silap saya disini, harap maaf, sesungguhnya yang baik dari ALLAH, dan buruk datangnya dari diri saya sendiri.....WALLAHU ALAM BISSAWAB....

Friday, October 8, 2010

Mi bandung & ketam black pepper, best gilerr!

Dah lama nak kongsi tempat ni dengan semua, tapi asyik tak sempat nak buat entri baru. Kami memang suka makan kat sini. (suka je, tapi tak selalu, :P ). Ini pun dah lama tak pergi, darpada mengandung anak ke-3 dulu dah ajak suami pergi, sekarang umur dia dah setahun baru pergi. Selalu tak sempat. Ada aja aralnya. Kedudukannya yang menghadap laut dan Singapura amat mendamaikan. Makan sambil di sentuh angin pantai yang permai…. hmmm….nak pergi lagi! hahaha………….








Wajah anak-anak yang menanti pesanan…..dan Tanjung Langsat yang bakal di sirami hujan. (Kami sempat balik sebelum hujan turun.)
    




Punyalah excited nak makan sampai niat nak ambil gambar mi yang belum di makan pun terlupa. Maaf lah ye, gambar tu, makan dah separuh jalan. hehehe… nasib baik ketam black pepper tu belum sempat di sentuh lagi.



Mi bandung dia memang power, ditambah pula dengan udang yang segar. Rasa pedas yang cukup, makan panas-panas.  Takkan boleh lupa punya.
Ketam black pepper tu pun tak boleh nak cakap, sedap sangat. Memang kegemaran suami saya. Black pepper sosnya memang wow!
Untuk anak-anak, saya pesan bagi mereka nasi goreng yang sedap.
Cubalah! Tanjung langsat – Pasir Gudang, Johor.









Thursday, October 7, 2010

UDANG MASAK SAMBAL GODREL (SAMBAL TUMIS CILI API)

Selalu anak-anak suka makan udang goreng kunyit. Saya dah lama tak makan udang sambal godril nih. Laku! Cubalah! Sesuai untuk orang yang suka pedas!

Masih dalam kuali. (haha..cantiknya kuali saya ye!)


BAHAN-BAHAN:

1 kg Udang dikopek kulitnya (saya suka tinggalkan ekornya)

Bahan Kisar :

2 Biji Bawang besar
3 biji Bawang putih
2 genggam Lada cili api hijau

1 Biji Bawang besar - dihiris
1/2  sudu asam jawa diperah dengan 1 cawan air
Minyak untuk menumis
Garam
Gula
Sos tiram


  1. Tumiskan bahan kisar ke dalam minyak yang telah panas
  2. Bila sudah naik minyak, masukkan galam gula secukup rasa.
  3. Masukkan perahan asam jawa dan 1 sudu makan sos tiram.
  4. Masukkan udang.
  5. Bila udang dah separuh masak, masukkan bawang hiris.
  6. Bila bawang hiris sudah lembut, tutup api dan sedia untuk di hidang.

KEK SARANG SEMUT - KUKUS, SEDAP!

Kek ini memang sedap. Baru semalam saya cuba masak sebaik pulang dari kerja. Kebetulan semua bahan-bahan yang diperlukan adalah bahan yang sentiasa ada stok di dapur saya tu. Hasilnya memang memuaskan!
 BAHAN-BAHANNYA

2 CAWAN GULA PASIR
3 SUDU MAKAN MENTEGA
2 CAWAN AIR

7 BIJI TELUR
1 TIN (390g) SUSU MANIS
2 CAWAN TEPUNG GANDUM
1 SUDU MAKAN SODA BIKARBONAT
1 SUDU TEH ESEN ROS


  1. Masak/sangan gula hingga hangus, kemudian masukkan air. (hati-hati, ia akan meletup-letup)
  2. Masukkan mentega, Masak hingga mendidih kemudian tutup api dan biarkan sejuk.
  3. Pukul telur hingga kembang di dalam satu bekas lain.
  4. Masukkan susu dan pukul rata.
  5. Masukkan tepung dan soda bikarbonat. Pukul lagi.
  6. Masukkan gula hangus dan pukul lagi.
  7. Masukkan esen ros dan kacau rata.
  8. Masukkan adunan ke dalam loyang yang telah dilapis dengan kertas minyak.
  9. Tutup dengan aluminium foil untuk mengelakkan air kukusan terkena kek.
  10. Kukus selama 1 1/2 jam.
Cubalah resepi ini. Sangat mudah dibuat dan sedap rasanya. 
Terima kasih kepada janetnorliah2001.blogspot.com.