Tuesday, September 28, 2010

Pasti ada HIKMAHNYA……

Kita semua ada situasi yang berbeza-beza. Setiap situasi biasanya ada soalan stereotaip yang akan menyusul. Contohnya:
Belum berkawin : Bila nak kahwin? Tak nak kahwin ke?
Belum ada anak : Bila nak ada anak? Merancang ke?
Dah ada anak satu : Satu je ke?
Kalau anak semua perempuan @ lelaki : Dapatkanlah lelaki/perempuan pulak…
Kerja kilang : Takkan nak kerja kilang sampai bila2?
Berniaga sederhana : Bila nak besarkan perniagaan ? (macm diorg tahu je acc sykt)
Usahawan berjaya : Bila nk projek kt overseas?
Jutawan : Bila nak kawin lagi? Bila nak tukar kereta?
Banyak lagi soalan yang akan tersenarai… Kesimpulannya, soalan takkan pernah habis. Kalau tak orang ni, orang tu tanya. Allah swt saja yang tahu perkara yang sebenarnya.
Cuba kita halusi.
Persoalan itu semua sebenarnya solah-olah kita lebih tahu apa yang patut ada  atau terjadi atau layak untuk orang lain. Bukankah itu hak ALLAH SWT? Siapa kita untuk mempersoalkan tugasNYA? Siapa kita untuk meragui takdirNYA?
Masalah orang kita ni, cuba menjadi ramah, tapi tak sedar, kadang-kadang, kata-kata yang keluar menyebabkan orang terguris.
Tidak salah jadi pendiam, bercakap hanya yang perlu saja. Kurang cakap, kurang silap, kurang dosa!
Kita pun selalu tidak sedar apa yang kita cakap.  Kadang-kadang kita nafikan yang kita pernah bercakap sekian sekian hal.
Kesimpulannya : Semua yang kita tidak tahu ALLAH lebih tahu. Apa yang kita nampak, cukup diambil untuk pengajaran dan peringatan supaya kita bersyukur dengan apa yang kita ada. Bukan semua perlu kita persoalkan.
Kita dijadikan ALLAH sebagai Khalifah, bukan pengkritik!

No comments:

Post a Comment

Apa kata anda....